Saturday 24 January 2015

PROGRAM KUDUP AKAN BERKEMBANG AKAN DIADAKAN PADA 30 JANUARI 2015 DI ONE STOP CENTER UiTM PAHANG JAM 2.30 PETANG

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera

Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Pahang akan menganjurkan Program Kudup Akan Berkembang dengan tema ’Apa yang penting, KERJASAMA’.

Program ini adalah melibatkan pelajar-pelajar Program Mentor Mentee FPP Semester 2 dan 3 bagi membantu mereka memperbaiki dan mengatasi kelemahan diri melalui aktiviti jati diri yang dilakukan. Semoga program ini dapat menyuntik semangat ingin berlumba untuk berjaya dalam hidup.

Sehubungan itu, pelajar yang terlibat DIWAJIBKAN menghadiri program ini seperti dalam butiran berikut:



Tarikh : 30 Januari 2015 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang hingga 5.30 petang
Tempat : One Stop Center, UiTM Pahang


Mohon kerjasama saudara/i untuk menepati peraturan siasah rupa diri dan berpakaian sukan  yang menutup aurat.  

Sekian, terima kasih.

b/p KPP

No comments:

Post a Comment