Thursday 6 December 2012

MAKLUMAT PENTING: MKT 361

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Makluman ini ditujukan kepada para pelajar yang masih di bawah pelan pengajian lama di mana mereka ini terdiri daripada pelajar BM111 dan BM112 yang masih BELUM MENGAMBIL KOD KURSUS MKT361, sila tulis nama andai di borang yang disediakan di luar bili L1-31.


Ini bertujuan bagi mengenalpasti bilangan pelajar yang masih belum mengambil subjek ini.

Sila mengambil tindakan di atas pemakluman di atas.


Terima kasih

b/p KPP
Pn Adibah Hussin

Koordinator Kursus Keusahawanan
UiTM Pahang Kampus Jengka

INTERSESI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada semua pelajar yang ingin membuat kursus INTERSESI, anda boleh berjumpa dengan Penyelaras Intersesi, En Mohd Elfee. Ini adalah PENTING bagi memastikan kursus yang anda kehendaki akan ditawarkan nanti.

Perjumpaan boleh diadakan seperti ketetapan berikut:

Masa  : Selepas pukul 4.00 ptg setiap hari waktu bekerja
Tempat  : L3-23
Sekian, untuk makluman semua.

Yang benar,
Mohd Elfee Ab Rashid
Penyelaras INTERSESI
FPP, UiTM Pahang.

Wednesday 19 September 2012

Bengkel Pengayaan Bahasa Inggeris

Bengkel Pengayaan Bahasa Inggeris akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22 September 2012
Masa  : 8.00 a.m – 1.00 p.m
Tempat :Blok J & AUDI 1

Tentatif Program:

7.00 pagi          : Pendaftaran pelajar di Blok J
8.00 pagi          : AKTIVITI BERKUMPULAN
-   Pelajar terus ke kelas masing-masing
(Seperti nama dalam kumpulan)
10.00 pagi        : Minum pagi
10.30 pagi        : AKTIVITI BERKUMPULAN
11.00 pagi        : Sesi Perbentangan Akhir (Audi 1)
12.45 t/hari      : Sesi penyampaian hadiah
1.00 ptg           : Makan tengah hari/Bersurai

Nota Tambahan:
Pelajar  diwajibkan membawa:
i.              Kamus
ii.             Gunting
iii.            Gam
iv.            Stapler
v.             Magic colour (jika ada)
vi.            Salotape
vii.          Alat tulis

Sekian, Harap maklum.

Bagi pihak KPP

Monday 17 September 2012

KURSUS KEMAHIRAN MAHASISWA FPP

Salam..

FPP akan mengadakan Kursus Kemahiran Jangka Pendek bagi mahasiwa dan mahasiswi FPP. Kursus ini bertujuan untuk memberi nilai tambah kepada pelajar dan kemahiran itu boleh mereka gunakan untuk membuka perniagaan sendiri.

Kursus tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 20 & 21 Oktober 2012
Kursus: Bengkel Pola & Jahitan Baju Kurung Pesak Gantung, Kain Kipas Belakang (Pelajar Perempuan)
             Bengkel Asas Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer (Pelajar Lelaki)

Segala pembiayaan akan dibiayai oleh pihak Fakulti dan wang saku untuk makan juga akan diberi.
Ianya terhad kepada 25 orang pelajar sahaja. Jika berminat, boleh beri nama kepada saya di L1-31.

SIAPA CEPAT, DIA DAPAT... !!

Koordinator Kursus Keusahawanan
FPP, UiTM Pahang

Wednesday 5 September 2012

Bengkel Pemantapan Akademik MAT 112

Perhatian!!!

Bengkel pemantapan akademik MAT 112 (BM111, BM112 & BM 118) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 8 Sept 2012 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi
Tempat: DK1 & Blok I

Pelajar yang terlibat diwajibkan hadir. Sila bawa bersama alat tulis, kalkulator dan soalan-soalan semester lepas (2010-2012).

Atucara majlis adalah seperti berikut:

7:30     : Pendaftaran & sarapan pagi
8:00     : Nyanyian Lagu Negaraku & UiTM Dihatiku
           : Ucapan pembukaan oleh Pengarah program
8:15     : Ceramah: Matematik Semudah 1, 2, 3...
 oleh  Puan Mazura Mokhtar                 (pensyarah matematik)
9:15     : Pembahagian kumpulan
9.30     : Latihan dalam kumpulan MAT112 (Pemantapan Matematik bersama Fasilitator)
10.30   : Kuiz Matematik I Am A Smart Investor

11:30   : Majlis penyampaian hadiah
12:00   : Makan tengahari dan bersurai



Sekian, harap maklum,

Bagi pihak KPP



Wednesday 8 August 2012

PERTANDINGAN KUIZ EKONOMI 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED) dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Perniagaan (Ekonomi) akan menganjurkan Pertandingan Kuiz Ekonomi Kali Ke-4, UiTM Pahang pada ketetapan berikut:


PERINGKAT SARINGAN
Tarikh : 7 September 2012 (Jumaat)
Masa : 2.45 pm – 5.00 pm
Tempat : Bilik Latihan Staf, UiTM Pahang Kampus Jengka
 
 
PERINGKAT AKHIR
Tarikh : 8 September 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 am – 1.00pm
Tempat : Auditorium 2, UiTM Pahang Kampus Jengka

Setiap fakulti akan menghantar sekurang-kurangnya satu kumpulan (yang disertai oleh tiga (3) orang pelajar) bagi mewakili program masing-masing sebagai peserta ke pertandingan tersebut.
(Penyertaan lebih dari satu kumpulan adalah sangat dialu-alukan.)

Justeru itu, kami menjemput dan mengalu-alukan para pelajar untuk menyertai pertandingan tersebut. Sebuah piala pusingan beserta hadiah menarik menanti anda yang berjaya! Kepada yang berminat bolehlah menyerahkan nama masing-masing sama ada kepada:
Puan Adibah (Koordinator ETR), Dr Sharifah Zannierah (Koordinator Pengurusan), Puan Roslilee (Koordinator Ekonomi), Cik Mas'udah (Koordinator BM118) atau pensyarah Ekonomi masing-masing selewat-lewatnya pada 13 Ogos 2012.    

Sekian untuk makluman, terima kasih.



 Koordinator EkonomiFPP, UiTM Pahang


Tuesday 26 June 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Program Suaikenal bagi pelajar Bahagian 1 Sem Jun 2012 - Nov 2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 7 Julai 2012

Tempat: Audi 1

Masa: 8:00 pagi hingga 1:00 petang


Sehubungan itu semua pelajar Bahagian 1 adalah diWAJIBkan hadir ke program tersebut.
Ketidakhadiran adalah dipandang serius dan akan dikenakan tindakan tatatertib.

Jumpa anda di sana.
Terima kasih.


Koordinator Kursus Ekonomi
b/p: Ketua Pusat Pengajian FPP, UiTM Pahang.
 

Thursday 29 March 2012

Program Taklimat/ Sesi Penerangan Biasiswa & Dermasiswa Yayasan Sime Darby 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Yayasan Sime Darby (YSD) akan mengadakan taklimat/ sesi penerangan di UiTM Cawangan Pahang. YSD telah memperuntukkan sebanyak 380 biasiswa bernilai RM22.6 juta bagi tahun 2012. Biasiswa ini bertujuan untuk membantu



Wednesday 22 February 2012

MAJLIS MAKAN MALAM BUSINESS SOCIETY

Sukacita dimaklumkan bahawa Business Society akan mengadakan majlis makan malam bertemakan " Carnival of the World" seperti ketetapan berikut:

Tarikh   : 22 Februari 2012
Tempat : Dewan Serbaguna (DSG)
Masa    : 8.30 malam

Semua warga FPP dijemput hadir

Tuesday 21 February 2012

SEMINAR WITH ETIQA TEMERLOH





Assalamualaikum.

UNTUK PERHATIAN SEMUA PELAJAR PART 6,

Satu seminar oleh Pihak Etiqa Temerloh akan diadakan seperti ketetapan berikut:

TARIKH: 24 FEBRUARI 2012
MASA : 8.30 - 11.00 PAGI
TEMPAT: DK IBNU HAZM

Seminar ini akan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang-peluang pekerjaan yang disediakan oleh pihak ETIQA. Untuk pengesehan kehadiran, boleh berhubung terus dengan saya di bilik L 2-32.

JOM RAMAI-RAMAI KITA PERGI.... :D

Adibah Hussin.
FPP,
UiTM Pahang.

KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN SISWAZAH (KAKS) 2012

Assalamualaikum.

Satu program khas untuk mereka yang berminat menjadi USAHAWAN YANG BERJAYA iaitu KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN SISWAZAH (KAKS) akan diadakan bagi para pelajar PART 6 semester ini. Ia akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
TARIKH: 2V - 7 APRIL 2012
TEMPAT: MELAKA


Tempat adalah TERHAD kepada 40 orang pelajar SAHAJA. so first come first serve. Pelajar berminat boleh isi borang yang boleh didapati di facebook MASMED iaitu Masmeduitmpahang dan diserahkan ke Pejabat MASMED L101 sebelum atau pada 3 MARCH 2012.
Segala kos (penginapan, makanan dan pengangkutan) adalah PERCUMA 


SITI AISHAH BINTI MOHAMAD
Setiausaha
Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS)
UiTM PAHANG

Tuesday 31 January 2012

PENDAFTARAN INTERSESI BAGI SESI APRIL 2012



1) Pendaftaran adalah secara manual
2) Borang boleh di ambil di Unit Peperiksaan
3) Tarikh akhir untuk menghantar borang adalah pada
17 Februari 2012
4) Borang boleh di hantar ke Unit Peperiksaan setelah di tandatangani oleh Ketua Pusat Pengajian ( KPP)
3) Bagi pendaftaran secara online pihak UPK masih belum menerima apa-apa maklumat dari pihak Shah Alam

Monday 16 January 2012

PENDAFTARAN PENERAPAN SECARA ONLINE PELAJAR PRA DIPLOMA PERDAGANGAN (PD002) KE DIPLOMA

Assalamualaikum,
Perhatian kepada pelajar PD002, pendaftaran penerapan secara online ke peringkat diploma telah pun dibuka. Sila rujuk maklumat di bawah dan pastikan anda mendaftar pada tarikh yang ditetapkan. Sekiranya anda tidak melakukan pendaftaran online tersebut, anda tidak akan ditawarkan tempat ke diploma walaupun mendapat CGPA 4.00.

TARIKH PENDAFTARAN:  9 JANUARI - 10 FEBRUARI 2012

LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN:
1. BELI NO PIN/NO SLIP DI BSN - RM10 (UTK PENERAPAN PRA KE DIPLOMA)
2. MASUK KE i-STUDENT PORTAL, KLIK PADA APPLICATION FOR CONTINUATION OF STUDIES
 
3. Pilih : Pre Diploma Commerce (PD002) to Diploma
   Masukkan:
      1) No. pelajar 
      2) No. I/C 
      3) Klik ‘masuk’ utk mengisi borang
4. PELAJAR HANYA BOLEH MEMOHON PROGRAM DIPLOMA YANG DITAWARKAN SAHAJA - RUJUK SENARAI PROGRAM DIPLOMA DI PAPAN KENYATAAN FAKULTI.
5. Setelah siap, print dan simpan satu salinan sebagai 'BACK UP' (IN CASE SYSTEM FAIL TO DETECT THE APPLICATION)

Sekian, terima kasih.

B/p: Dr Wan Kalthom
       KPP Fakulti Pengurusan Perniagaan
       UiTM Pahang