KOORDINATOR EKONOMI

Wednesday, 8 August 2012

PERTANDINGAN KUIZ EKONOMI 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED) dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Perniagaan (Ekonomi) akan menganjurkan Pertandingan Kuiz Ekonomi Kali Ke-4, UiTM Pahang pada ketetapan berikut:


PERINGKAT SARINGAN
Tarikh : 7 September 2012 (Jumaat)
Masa : 2.45 pm – 5.00 pm
Tempat : Bilik Latihan Staf, UiTM Pahang Kampus Jengka


PERINGKAT AKHIR
Tarikh : 8 September 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 am – 1.00pm
Tempat : Auditorium 2, UiTM Pahang Kampus Jengka
Setiap fakulti akan menghantar sekurang-kurangnya satu kumpulan (yang disertai oleh tiga (3) orang pelajar) bagi mewakili program masing-masing sebagai peserta ke pertandingan tersebut.
(Penyertaan lebih dari satu kumpulan adalah sangat dialu-alukan.)

Justeru itu, kami menjemput dan mengalu-alukan para pelajar untuk menyertai pertandingan tersebut. Sebuah piala pusingan beserta hadiah menarik menanti anda yang berjaya! Kepada yang berminat bolehlah menyerahkan nama masing-masing sama ada kepada:
Puan Adibah (Koordinator ETR), Dr Sharifah Zannierah (Koordinator Pengurusan), Puan Roslilee (Koordinator Ekonomi), Cik Mas'udah (Koordinator BM118) atau pensyarah Ekonomi masing-masing
selewat-lewatnya pada 13 Ogos 2012.   

Sekian untuk makluman, terima kasih.



 Koordinator EkonomiFPP, UiTM Pahang

========================================================================

MAKLUMAT PENTING: MKT 361

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Makluman ini ditujukan kepada para pelajar yang masih di bawah pelan pengajian lama di mana mereka ini terdiri daripada pelajar BM111 dan BM112 yang masih 
BELUM MENGAMBIL KOD KURSUS MKT361, sila tulis nama andai di borang yang disediakan di luar bili L1-31.

Ini bertujuan bagi mengenalpasti bilangan pelajar yang masih belum mengambil subjek ini.

Sila mengambil tindakan di atas pemakluman di atas.


Terima kasih

b/p KPP
Pn Adibah Hussin

Koordinator Kursus Keusahawanan 
UiTM Pahang Kampus Jengka

========================================================================


KURSUS KEMAHIRAN MAHASISWA FPP

Salam..

FPP akan mengadakan Kursus Kemahiran Jangka Pendek bagi mahasiwa dan mahasiswi FPP. Kursus ini bertujuan untuk memberi nilai tambah kepada pelajar dan kemahiran itu boleh mereka gunakan untuk membuka perniagaan sendiri.

Kursus tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 20 & 21 Oktober 2012
Kursus: Bengkel Pola & Jahitan Baju Kurung Pesak Gantung, Kain Kipas Belakang (Pelajar Perempuan)
             Bengkel Asas Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer (Pelajar Lelaki)

Segala pembiayaan akan dibiayai oleh pihak Fakulti dan wang saku untuk makan juga akan diberi.
Ianya terhad kepada 25 orang pelajar sahaja. Jika berminat, boleh beri nama kepada saya di L1-31.

SIAPA CEPAT, DIA DAPAT... !!

Koordinator Kursus Keusahawanan
FPP, UiTM Pahang


============================================================================================================

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Program Suaikenal bagi pelajar Bahagian 1 Sem Jun 2012 - Nov 2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 7 Julai 2012

Tempat: Audi 1

Masa: 8:00 pagi hingga 1:00 petang


Sehubungan itu semua pelajar Bahagian 1 adalah diWAJIBkan hadir ke program tersebut. 
Ketidakhadiran adalah dipandang serius dan akan dikenakan tindakan tatatertib. 

Jumpa anda di sana. 
Terima kasih. 


Koordinator Kursus Ekonomi
b/p: Ketua Pusat Pengajian FPP, UiTM Pahang.
  

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

SEMINAR WITH ETIQA TEMERLOH






Assalamualaikum.

UNTUK PERHATIAN SEMUA PELAJAR PART 6, 

Satu seminar oleh Pihak Etiqa Temerloh akan diadakan seperti ketetapan berikut:

TARIKH: 24 FEBRUARI 2012
MASA : 8.30 - 11.00 PAGI
TEMPAT: DK IBNU HAZM

Seminar ini akan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang-peluang pekerjaan yang disediakan oleh pihak ETIQA. Untuk pengesehan kehadiran, boleh berhubung terus dengan saya di bilik L 2-32.

JOM RAMAI-RAMAI KITA PERGI.... :D

Adibah Hussin.
FPP, 
UiTM Pahang.




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Assalamualaikum.

Satu program khas untuk mereka yang berminat menjadi USAHAWAN YANG BERJAYA iaitu KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN SISWAZAH (KAKS) akan diadakan bagi para pelajar PART 6 semester ini. Ia akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
TARIKH: 2V - 7 APRIL 2012
TEMPAT: MELAKA


Tempat adalah TERHAD kepada 40 orang pelajar SAHAJA. so first come first serve. Pelajar berminat boleh isi borang yang boleh didapati di facebook MASMED iaitu Masmeduitmpahang dan diserahkan ke Pejabat MASMED L101 sebelum atau pada 3 MARCH 2012.
Segala kos (penginapan, makanan dan pengangkutan) adalah PERCUMA 

SITI AISHAH BINTI MOHAMAD
Setiausaha
Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS)
UiTM PAHANG




------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Yayasan Sime Darby (YSD) akan mengadakan taklimat/ sesi penerangan di UiTM Cawangan Pahang. YSD telah memperuntukkan sebanyak 380 biasiswa bernilai RM22.6 juta bagi tahun 2012. Biasiswa ini bertujuan untuk membantu pelajar yang mencapai prestasi akademik yang memuaskan terutamanya dari latar belakang berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 


Berikut adalah maklumat berkenaan program:-

Tarikh : 5 April 2012 (Khamis)

Masa : 11.00 pagi - 4.00 petang

Tempat : Foyer Auditorium 1

Aktiviti : Membuka kaunter pertanyaan dan memberi penerangan mengenai Program Biasiswa YSD

Sehubungan itu pelajar Diploma semester akhir & pelajar Ijazah semester 1 yang berminat mendapatkan biasiswa Sime Darby dijemput hadir. 

Koordinator Ekonomi
b/p: KPP Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Pahang.




Thursday, 15 December 2011

Kelas Intersesi untuk ECO261


Assalamualaikum, 
Kepada pelajar yang telah lulus ECO162 dan ECO211, dan berminat untuk mengambil intersesi pada bulan April 2011 ini bagi kursus ECO261, sila tulis nama anda di senarai yang telah saya tampal di luar ofis saya (L137). Mohon perhatian bahawa, kelas hanya akan ditawarkan sekiranya jumlah pelajar adalah 15 orang dan ke atas. 
Sekiranya anda mempunyai apa-apa persoalan bolehlah menghubungi saya di talian 09-4602494. 
Terima kasih. 

Koordinator Ekonomi,
FPP, UiTM Pahang.














No comments:

Post a Comment