Wednesday 8 August 2012

PERTANDINGAN KUIZ EKONOMI 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED) dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Perniagaan (Ekonomi) akan menganjurkan Pertandingan Kuiz Ekonomi Kali Ke-4, UiTM Pahang pada ketetapan berikut:


PERINGKAT SARINGAN
Tarikh : 7 September 2012 (Jumaat)
Masa : 2.45 pm – 5.00 pm
Tempat : Bilik Latihan Staf, UiTM Pahang Kampus Jengka
 
 
PERINGKAT AKHIR
Tarikh : 8 September 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 am – 1.00pm
Tempat : Auditorium 2, UiTM Pahang Kampus Jengka

Setiap fakulti akan menghantar sekurang-kurangnya satu kumpulan (yang disertai oleh tiga (3) orang pelajar) bagi mewakili program masing-masing sebagai peserta ke pertandingan tersebut.
(Penyertaan lebih dari satu kumpulan adalah sangat dialu-alukan.)

Justeru itu, kami menjemput dan mengalu-alukan para pelajar untuk menyertai pertandingan tersebut. Sebuah piala pusingan beserta hadiah menarik menanti anda yang berjaya! Kepada yang berminat bolehlah menyerahkan nama masing-masing sama ada kepada:
Puan Adibah (Koordinator ETR), Dr Sharifah Zannierah (Koordinator Pengurusan), Puan Roslilee (Koordinator Ekonomi), Cik Mas'udah (Koordinator BM118) atau pensyarah Ekonomi masing-masing selewat-lewatnya pada 13 Ogos 2012.    

Sekian untuk makluman, terima kasih.



 Koordinator EkonomiFPP, UiTM Pahang