Monday 27 January 2014

PENDAFTARAN MUET BAGI SESI JULAI 2014 TELAH DIBUKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 


Perhatian kepada pelajar yang ingin mengambil peperiksaan MUET.


Dimaklumkan bahawa pendaftaran untuk menduduki peperiksaan MUET bagi sesi Julai 2014 telah dibuka dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 17 Mac 2014.

Sila layari portal MPM ( http://www.mpm.edu.my ) untuk maklumat lanjut.

Pendaftaran adalah secara online.

 
Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet. 
Nota:  BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.
 
Sekian, harap maklum.

Bagi pihak KPP, FPP


Tuesday 14 January 2014

PERHATIAN KEPADA PELAJAR BAHAGIAN 1 SESI NOV-APRIL 2014

Assalamualaikum wth & Salam Khazanah Alam,

Satu program anjuran Unit Kerjaya & Kaunseling iaitu Program Modul Sikap & Transisi Pelajar Baru Untuk Pelajar Bahagian 1 Sesi Nov-April 2013/14 akan diadakan seperti maklumat di bawah.

Tarikh  : 25 Januari 2014 (Sabtu)
 Masa  : 8.00 malam - 11.00 malam
 Tempat : Dewan Indera Segara

Program ini WAJIB dihadiri oleh semua pelajar Bahagian 1 Sesi Nov-April 2013/14.

Sehubungan itu semua pelajar diploma Bahagian 1 Fakulti Pengurusan Perniagaan diwajibkan menghadiri program di atas tersebut.

Terima kasih.

 Bagi pihak KPP FPP.