Monday 27 January 2014

PENDAFTARAN MUET BAGI SESI JULAI 2014 TELAH DIBUKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 


Perhatian kepada pelajar yang ingin mengambil peperiksaan MUET.


Dimaklumkan bahawa pendaftaran untuk menduduki peperiksaan MUET bagi sesi Julai 2014 telah dibuka dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 17 Mac 2014.

Sila layari portal MPM ( http://www.mpm.edu.my ) untuk maklumat lanjut.

Pendaftaran adalah secara online.

 
Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet. 
Nota:  BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.
 
Sekian, harap maklum.

Bagi pihak KPP, FPP


No comments:

Post a Comment