Thursday 11 July 2013

Assalamualaikum para pelajar sekalian,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan dengan kerjasama MASMED akan sekali lagi mengadakan Kuiz Ekonomi dan Keusahawanan Piala Rektor pada tahun 2013 ini. Berikut adalah butiran mengenai kuiz tersebut.

Tarikh: 23/8/2013 (Peringkat Saringan) dan 24/8/2013 (Peringkat Akhir)

Peserta: 3 orang pelajar bagi setiap kumpulan. Setiap fakulti digalakkan menghantar seberapa banyak kumpulan yang boleh agar lebih berpotensi untuk menang.

Pada peringkat saringan, peserta akan diberikan 1 set soalan objektif untuk dijawab dlm masa yang ditentukan. 3 kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan layak ke peringkat akhir.

Untuk makluman juga, pemenang bagi Kuiz Ekonomi dan Keusahawanan pada tahun lepas adalah Fakulti Perakaunan. Justeru itu, kami ingin mencabar pelajar2 di setiap fakulti di UiTM Pahang ini agar mengambil bahagian dan akhirnya menjadi juara.

Kepada para pelajar yang berminat menyertai Kuiz ini bolehlah menyerahkan nama (3 orang untuk satu kumpulan) menerusi salah satu cara berikut:
1. memberikan nama kepada pensyarah Ekonomi  masing-masing
2. memberikan nama kepada Koordinator Ekonomi di bilik L1-37
 
 
Nama tersebut haruslah sampai kepada kami sebelum atau pada 19 Julai 2013.
 
 
Terima kasih.
 
 
Jom bertarung dalam KUIZ EKONOMI dan KEUSAHAWANAN bagi merebut piala pusingan Rektor UiTM Pahang!!
 
 
p/s: kepada peserta tahun lepas yang belum mengambil sijil penyertaan, mohon ambil sijil anda di bilik Koordinator Ekonomi.

No comments:

Post a Comment